Cabaran dan Harapan

Cabaran


Istilah Baju Kurong pada masa kini menjadi persoalan kerana, Baju Kurong sekarang jauh berubah dengan yang dahulu. Sebagai contoh, adanya zip pada Baju Kurong pada masa kini. Jelas di sini maksud Baju Kurong itu sudah hilang kerana jika mengikut Baju Kurong yang asli cara pemakaiannya adalah dengan disarong terus ke badan. Jika sudah menggunakan zip, maka istilah kurong itu sudah hilang, Jadi, tidak layaklah Baju kurong kini dipanggil sebagai Baju Kurong.


Pada masa kini kebanyakan kedai-kedai jahit Baju Kurong dikuasai oleh warga asing seperti warga Indonesia, Filipina, India dan lain-lain lagi. Tidak banyak warga tenmpatan yang menceburi bidang perniagaan menjahit ini. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya minat terhadap pembuatan Baju Kurong dan tidak berani menghadapi risiko.


Baju Kurong yang dahulunya amat menitikberatkan tentang penutupan aurat, akan tetapi, Baju Kurong pada masa kini sangat membimbangkan kerana ia menampakkan susuk badan si pemakai, malahan ada yang menggunakan material atau kain yang jarang sehingga menampakkan aurat. Ini jelas bahawa, Baju Kurong pada masa kini bertentangan dengan hukum Islam.


Keasliannya juga dipertikaikan kerana sifat atau ciri-ciri yang sepatutnya ada pada Baju Kurong sudah hilang, seperti kikik, suja dan rasuk. Baju Kurong pada masa kini sebaliknya mengikut pengaruh luar sehingga fesyen baju luar juga diterap dan diaplikasikan keatas Baju Kurong. Jelas disini, kedudukan Baju kurong yang asli sangat rapuh kerana ianya sudah diubahsuai sehingga hilang keasliannya.


Harapan


Usaha daripada pihak-pihak tertentu haruslah dititik beratkan dalam mengekalkan Baju Kurong terutama sekali dari segi keasliannya. Di samping itu, perlu ada ikhtiar untuk membuka mata anak-anak muda pada masa kini untuk menghargai peninggalan nenek moyang mereka dahulu dengan membuat sesuatu yang dapat menarik minta generasi muda untuk menyemai rasa cinta terhadap Baju Kurong.


Pihak-pihak yang tertentu juga harus memberi sokongan terutama bagi mereka yang berminat dalam bidang pembuatan Baju Kurong , secara tidak langsung menjadi pemangkin semangat kepada generasi muda pada masa kini dan dengan ini, turut menyumbang kepada ekonomi negara. Sebolehnya, kedai-kedai jahit di Negara Brunei Darussalam di usahakan oleh anak-anak tempatan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan