Simbolik Dan Ekspresif

Simbolik

Baju Kurong membawa simbol kedudukan seseorang. Pada masa dahulu, jika Baju Kurong itu diperbuat daripada kain yang bermutu tinggi sebagai contohnya Kain Dasu, ini menunjukkan bahawa si pemakai memang tergolong dari orang yang berada atau orang kaya. Tetapi pada masa kini, katok, manik serta lace yang ada pada Baju Kurong menjadi ciri utama atau simbol keberadaan seseorang.

Baju Kurong juga mempamerkan simbol kemelayuan kerana Baju Kurong hanya dipakai oleh orang Melayu. Si pemakai akan nampak lebih manis dan ayu. Kemanisan dan kesopanan memang sifat yang dipunyai oleh orang Melayu, yang ditonjolkan dalam pemakaian Baju Kurong.

Simbol keislaman juga ada terdapat dalam Baju Kurong kerana ia menutupi aurat. Lebih-lebih lagi, Baju kurong yang asli kerana ia tidak memperlihatkan susuk badan seperti Baju Kurong yang ada pada masa kini. 

Ekspresif

Pembuatan Baju Kurong pada masa dahulu yang hanya menggunakan tangan sangat tinggi nilainya kerana ketelitian membuatnya. Ketelitian ini menunjukkan kehalusan dan keindahan yang ada pada Baju Kurong. Hasilnya sangat berkualiti tinggi dan menepati kehendak masyarakat, sebagai contohnya, orang Melayu Islam, Baju Kurong menutupi seluruh anggota badan dan tidak menampakkan aurat mengikut kehendak syarak. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan