|
Potongan princess cut |
|
Fesyen leher melingkar dan kawasan dada diberi hiasan plates |
|
Leher berbentuk empat segi |
Baju Kurong telah jauh berubah dari segi fesyennya. Ini adalah kerana pengaruh daripada negara luar. Baju Kurong tidak lagi menjadi baju yang sering digunakan. Ia hanya digunakan untuk majlis tertentu seperti perkahwinan, keugamaan, di tempat bekerja dan sekolah.
Kain Baju Kurong tidak lagi menggunakan kain sarong. Kain pula sangat murah dan mudah untuk didapati. Ia mempunyai berbagai-bagai corak dan warna yang menarik serta kualiti kainnya yang tinggi.
Oleh itu, harganya juga sangat jauh perbezaannya berbanding Baju Kurong dahulu, apatah lagi Baju Kurong sekarang yang dihiasi dengan katok, manik, lace, labucci, kisi dan sebagainya, di tambah lagi dengan menggunakan fabrik yang agak mahal seperti kain lace, thai silk dan satin sebagainya.
Jika Baju Kurong itu dihiasi dengan katok, kisi, dan manik anggaran harganya adalah melebihi seratus ringgit . Mereka yang berkemampuan sahaja dapat membuat Baju Kurong seperti itu. Tambahan lagi, dapat dilihat Baju kurong sekarang ini, atas dasar ingin kelihatan cantik dan menawan, si pemakai sanggup berbelanja banyak. Perkara ini tidak digalakkan dalam Islam, kerana ia adalah satu pembaziran.
|
Fesyen tangan cuff |
|
Fesyen tangan kembang |
|
Lakaran Baju Kurong dengan manik |
|
Lakaran Baju Kurong moden dengan kain kipas |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan