Kesimpulan


Kesimpulan

Baju kurong telah lama bertapak di negara kita walaupun sekarang kita telah berada di abad ke-21. Banyak perubahan dan jauh bezanya Baju Kurong dahulu dengan sekarang terutama dari segi fesyen, cara pembuatannya serta ciri-cirinya. Perubahan ini terjadi kerana arus modenisasi dan pengaruh dari luar. 


Amat mengecewakan, pada masa sekarang, di dapati pembuatan baju kurong ini di monopoli oleh warga asing dan segelintir sahaja warga tempatan yang tahu membuat Baju Kurong. Kebanyakkan kedai-kedai jahit juga dikuasai oleh warga asing.

Dari segi harga pula, pembuatan baju kurong pada masa kini sangat mahal, dan ini berkemungkinan kerana berbagai-bagai fesyen baru yang ada, yang dipengaruhi oleh negara luar .


Material yang digunakan pada masa kini walaupun mudah didapati tapi harganya mahal. Antara material tambahan yang digunakan untuk mempelbagaikan fesyen Baju Kurong ialah kain chiffon, kain sequins, kain casa dan sebagainya. Tambahan lagi, Baju Kurong sekarang dihiasi dengan kisi, katok, manik, lace, plates dan sebagainya.
Jelaslah di sini bahawa Baju Kurong, walaupun telah melalui berbagai-bagai perubahan, tetapi ia masih kekal digunakan oleh masyarakat Brunei. Ia menunjukkan betapa unggulnya Baju kurong. 

Nama Baju Kurong masih lagi tersemat di jiwa masyarakat Brunei, walaupun banyak perubahan telah terjadi, tetapi ia masih lagi di panggil 'Baju Kurong'. Ini memperlihatkan bahawa uniknya Baju Kurong itu.


Oleh itu, berbagai pihak seperti kerajaan, institusi-instititusi tertentu malahan individu sendiri harus mengambil iktibar akan perubahan yang terjadi keatas Baju Kurong. Tindakan untuk mempertahankannya harus di lakukan kepada generasi muda yang pada masa sekarang kurang berminat terhadap Baju Kurong. Pihak-pihak tertentu juga harus memberi peluang kepada individu yang ingin membuka kedai jahit dengan memberi sokongan samada dari segi buah fikiran apatah lagi kewangan. Di sini akan menunjukkan keprihatinan pihak-pihak yang tertentu dalam sama-sama mengekalkan Baju Kurong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan