TUJUAN
Secara umum kajian ini bertujuan untuk mengkaji perubahan dan perkembangan yang berlaku ke atas Baju Kurong dengan memberi tumpuan kepada beberapa aspek antaranya kesinambungan Baju Kurong, penerimaan dan pemakaiannya serta kedudukannya sebagai baju kebangsaan pada masa kini.
OBJEKTIF
Untuk mencapai tujuan di atas beberapa objektif telah dirangka, iaitu:
-Untuk melihat sejauh mana kemampuan Baju Kurong untuk bertahan sehingga tahun-tahun mendatang,walaupun melalui berbagai-bagai cabaran serta rintangan, seperti arus perubahan zaman yang menggugat kedudukan Baju Kurong pada masa kini.
-Meneliti secara terperinci perbezaan Baju Kurong pada zaman dahulu dan sekarang yang di lihat dari pelbagai aspek seperti proses pembuatan, material dan teknologi yang digunakan.
-Untuk mengetahui pandangan dan penerimaan orang rami terhadap Baju Kurong sebagai baju kebangsaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan