Proses pembuatan Baju Kurong dahulu


Proses pembuatan pada masa dahulu

Alat-alat yang digunakan adalah seperti papan,jarum, benang, pisau,tali, gunting, mesin jahit menggunakan kaki dan tangan dan sebagainya.

Sebelum baju kurong di buat, kain akan diukur pada badan seseorang tanpa menggunakan sebarang alat sukatan atau dengan menggunakan tali yang diambil daripada pohon pisang.

Menyukat menggunakan tali
Menyukat dengan kain diukur pada badan








Hanya dua ela (kira-kira 1.5 meter) yang diperlukan untuk membuat Baju Kurong kerana kain Baju Kurong menggunakan kain sarong.








Selepas itu, kain yang telah diukur akan dipotong di atas papan nipis dengan menggunakan pisau atau gunting.







Kain dipotong untuk membuat suja, kikik, rasuk, badan dan lengan.













Gandam yang terletak pada hujung kain dipotong kerana ia tidak diperlukan.


Sebelum adanya mesin jahit beringkul yang menggunakan tangan dan mesin yang menggunakan kaki, Baju Kurong dijahit dengan menggunakan jarum dan benang. Jarum dahulu diperbuat daripada dawai sebelum terciptanya jarum yang diperbuat daripada besi. Nama jahitan Baju kurong yang menggunakan tangan ialah jahit betawi.

Mesin jahit menggunakan kaki
Mesin jahit beringkul


Benang


Jarum










Jahit Betawi ( Belakang )


Jahit Betawi ( Depan )
Tempoh pembuatan Baju kurong, jika menggunakan tangan dengan jarum, ia memerlukan masa yang lama, paling cepat adalah tiga hari. Tetapi kebiasaannya, kira-kira dalam masa seminggu. Manakala jika dibuat dengan menggunakan mesin, hanya memerlukan masa sehari. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan