Pemasaran

Dari segi harga upah untuk membuat Baju Kurong, adalah lebih murah pada masa dahulu berbanding dengan upah membuat pada masa kini. Dahulu, harga bagi sepasang Baju Kurong adalah di antara harga 50 sen hingga $2.50. Tetapi, pada masa kini, upah Baju Kurong mencapai dari $15 hingga $50, mengikut material dan kualiti serta standard butik atau kedai menjahit itu. Material seperti manik, katok, lace juga mempengaruhi harga sepasang Baju kurong itu sehingga ada yang mencapai harga $100.


Kebolehan Baju Kurong untuk menjadi objek pasaran sebenarnya sangat tinggi peluangnya dan keuntungannya kerana sehingga kini, walaupun ia sudah berumur dalam satu kurun lamanya, tetapi, Baju Kurong masih lagi digunakan di kalangan orang Melayu. Memang tidak dinafikan, keasliannya semakin hilang, terutama dari segi perubahan fesyen yang di pengaruhi oleh negara luar,malahan, kebanyakkan generasi muda pada masa kini kurang minat terhadap pemakaian Baju kurong yang asli. Tetapi, sangat nyata sekali, sehingga kini, istilah Baju Kurong masih tetap digunakan.


Bukti bahawa Baju Kurong mampu dan boleh dipasarkan ialah adanya kedai-kedai jahit di Negara ini. Malahan, kedai-kedai ini kebanyakkan bukan dipunyai oleh warga tempatan atau Melayu. Secara tidak langsung ini memberi penjelasan bahawa, warga asing itu sendiri mempercayai akan kebolehan Baju Kurong unuk dijadikan objek pasaran untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan mereka.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan