Ciri-ciri Baju Kurong dahulu

Ciri-ciri Baju Kurong dahulu mempunyai kikik, suja, dan rasuk.

Kikik


Kikik terletak di bawah kedua-dua lengan di tepi badan. Ia berbentuk seperti segi tiga. Kikik bertujuan agar Baju Kurong tersebut dapat dipakai dalam jangka masa yang panjang sebab ia tidak sempit.






Suja
Suja terletak di bawah kikik dan ada tiga garis panjang di tepi badan. Tujuannya sama seperti kikik.Ia mempunyai bentuk segi empat tepat tetapi melebar dibawahnya.


Rasuk

Rasuk adalah sebagai pelapis di kawasan leher. Tujuannya ialah untuk menguatkan dan membisaikannya serta ia di jahit dari dalam.








Kain untuk baju kurung dahulunya hanya menggunakan kain sarong sahaja. Ia ditangkup (seperti memakai sinjang) atau diarat dengan menggunakan tali pinggang yang diperbuat daripada besi.
Kain ditangkup








Jenis-jenis bentuk leher Baju Kurong dahulu adalah seperti teluk belanga dan cekak musang.




Leher Cekak Musang
Leher Teluk Belanga
Dahulu, material yang digunakan untuk membuat baju kurong ialah kain dan benang. Jenis-jenis kain yang sering digunakan pada masa dahulu adalah ‘ Kain Dasu ’ iaitu sejenis kain tebal yang halus dan lembut. bagi mereka yang berkemampuan, Manakala bagi orang kebanyakkan, mereka menggunakan ‘ Kain Kihip’ iaitu sejenis kain yang agak kasar. Kain Dasu mempunyai harga yang lebih mahal dari Kain Kihip. Manakala benang yang digunakan ialah benang kirikan (gelendung yang diperbuat daripada kayu).

Di kampong Ayer , pedagang Cina akan berkayuh menggunakan perahu bagi membekalkan kain kepada masyarakat di sana. Tetapi, mereka tidak sering datang, oleh itu, sukar untuk mendapatkannya.  Tambahan lagi, tidak banyak yang mampu untuk membelinya kerana tidak berkemampuan.

Pada masa dahulu, dalam sesebuah kampung, hanya segelintir individu yang tahu membuat Baju Kurong. Mereka ini diupah oleh orang yang berkemampuan sahaja dengan harga dua ringgit lima puluh sen ($2.50) sepasang.





Pada masa dahulu juga, Baju Kurong dipakai berserta dengan kain susun yang di bentangkan di bahu ke pinggang, sebagai fesyen dan dijadikan sebagai penutup kepala atau tudung.


Kain Susun